Tuesday, February 10, 2015

Begitu Rupanya

Assalamuailakum saya ucapkan kepada semua.
Dalam entri pertama ini saya ingin luahkan apa yang ada dalam hati saya bila terjumpa `moment' dalam WeChat mengenai rokok.Bagi saya memang rokok itu bahaya untuk kesihatan individu yang merokok dan orang yang berhampiran.Hukum menghisap rokok juga haram mengikut  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 yang telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.Bagi yang tidak berpuas hati ataupun ingin mengetahui dengan mendalam boleh layari http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam

Tetapi bukan mengenai isu haram atau tidak yang ingin saya bicarakan tetapi ayat-ayat terakhir dalam `moment' tersebut yang saya kira begitu mudahnya orang Islam membuat presepsi terhadap sesuatu perkara dan saya kira boleh dipertikaikan.Janganlah menjatuhkan keintelektualan orang Islam dengan membuat tanggapan mudah sebegini rupa.

Ayatnya begini...
Merokok adalah senjata Yahudi yang paling berjaya.nak tahu kenapa?Sebabnya
~Mana ada orang hisap rokok bermula dengan bismillah..!
Pertama,macam mana boleh tahu orang ini baca ke tak basmalah,kadang-kadang ada saja yang baca,kan.Perokok tegar kadang-kadang waktu buka puasa,mereka berbuka dengan merokok.Secara mudahnya mereka akan baca basmalah.
Kedua,merokok ini memang haram maka tak wujud isu Yahudi berjaya ke tak kalau perokok tak baca basmalah.Sekiranya baca basmalah maka usaha Yahudi gagal,lah?Benda yang haram manalah ada orang yang membaca basmalah.Orang main judi ada baca basmalah?Orang yang mencuri pun tak baca basmalah.

~Mana ada sesiapa selepas habis rokok ucap Alhamdulilah..!
Jawapannya serupa dengan yang diatas...

~Menyalakan api adalah kesukaan syaitan..!
Selepas ini jangan bakar sampah dah.Nanti syaitan suka.Lepas ini jangan guna dapur gas nak memasak syiatan suka.Ibu-ibu di luar sana selepas ini guna microwave.

~Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi..!
Wanita yang pakai lipstick selepas ini boleh berhenti pakai.Selepas ini jangan gosak ke sentuh bibir dengan jari..Amalan Yahudi...

~Mengepit 2 jari pada rokok adalah melambangkan salib...
Pertama apa yang menyebabkan Kristian itu sama dengan Yahudi?Tatkala orang Kristian yang alim akan membenci bangsa Yahudi disebabkan orang Yahudi yang menfitnah Nabi Isa dan membunuhnya.
Kedua,kristian  yang mengagungkan salib tetapi tidak bagi yahudi.Yahudi merupakan agama yang berpegang pada kitab Talmut yang mengikut ajaran Nabi Musa kononnya seperti Kristian kononnya mengikut  ajaran NAbi Isa dengan konsep trinity.
~kenapa simbol matematik tambah + tidak dianggap salib?kenapa huruf `T' dan `t' tidak dianggap salib?

Kesimpulannya,janganlah kita berfikiran cetek sampai memalukan agama sendiri.Biar diam berisi jangan hanya hanya bising berbunyi bak kata pepatah ikut resmi padi,semakin tunduk,semakin berisi.Semoga kita bangkit daripada tidur yang panjang dan berusaha memartabatkan agama  dan negara.



No comments:

Post a Comment